Tips-Tips Memilih Program Affiliate!!!

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum anda menyertai sesuatu program affiliate.Program affiliate adalah program yang bagus namun kadangkala ia menjadi tidak bagus apabila pemiliknya hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.Jadi program affiliate yang bagaimana yang perlu anda sertai dan yang mana anda tak perlu sertai dan mengapa. Berikut ialah antara tips untuk memilih program affiliate yang sesuai dan bagus.

Percuma atau berbayar

Sebelum anda menyertai sesuatu program affiliate anda harus memastikan sama da ianya adalah program berbayar atau percuma.Jika ianya percuma maka ianya boleh disertai secara terus tanpa sebarang bayaran.Namun jika ianya berbayar maka anda harus memastikan dahulu adakah keuntungan yang bakal anda perolehi nanti akan mengatasi kos penyertaan program affiliate tersebut.

Beli dahulu baru boleh jadi affiliate

Sesetengah program affiliate mengkehendaki anda membeli dahulu produk mereka dan selepas itu anda akan diberikan link untuk menyertai program affiliate tersebut.Jika anda betul-betul yakin produk tersebut adalah bagus maka membeli produk tersebut bukanlah sesuatu masalah kerana produk itu juga boleh anda gunakan untuk diri anda sendiri.

Tempatan atau antarabangsa

Program affiliate terdiri dari program affiliate tempatan dan antarabangsa.Anda boleh memilih menyertai program affiliate tempatan jika blog anda adalah dalam bahasa melayu dan menumpukan kepada pasaran Malaysia sahaja.Jika blog anda adalah berbahasa inggeris maka anda lebih sesuai menyertai produk affiliate antarabangsa.

Menawarkan produk/servis yang berkualiti dan unik.

Tidak dapat dinafikan memang produk affiliate adalah produk yang bagus namun anda harus berhati-hati kerana penipuan juga boleh berlaku.Contohnya ialah produk yang dijual adalah indah khabar dari rupa.Jika anda menyertai program affiliate seperti ini maka nama anda mungkin terjejas.

Mempunyai khidmat pelanggan dan layanan affiliate yang baik.

Selain itu anda juga harus memastikan bahawa program affiliate tersebut menyediakan servis dan bantuan yang baik jika anda memerlukan bantuan.Program affiliate yang baik ialah program yang mempunyai khidmat sokongan selepas jualan yang baik.

Berapakah ganjaran yang diberikan.

Sebelum mnyertai sesuatu program anda juga harus memastikan berapakah jumlah komisen yang bakal anda perolehi jika anda dapat menjual seunit produk tersebut dan sesetengah program affiliate menawarkan ganjaran tambahan atau hadiah jika anda dapat menjual mengikut sasaran yang ditetapkan oleh program affiliate tersebut.

Mempunyai “conversion rate” yang tinggi.

Oontohnya begini,jika anda dapat menghantar 50 orang ke laman link website sesuatu program affiliate berapa orang yang membeli produk tersebut. Jika kurang dari 2 orang membeli,maka anda boleh pertimbangkan sama ada meneruskan atau menghentikan produk affiliate tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting