Asas-Asas Buat Duit Dengan Clickbank???

Post ni khas untuk anda yang nak tahu apa itu Clickbank, cara-cara buat duit di Clickbank, dan macam mana cara anda nak buat duit dengan Clickbank (CB).

Saya sepatutnya nak merakam video untuk diberikan kepada anda tetapi memandangkan saya mempunyai masalah kesihatan dan sakit tekak yang tak baik-baik lagi berserta batuk-batuk, jadi saya tuliskan saja la. Tak dapek nak rakam video pulak.

Untuk pengetahuan, saya dah buat duit di CB sejak setahun lebih lagi. Dan syukur kerana setiap minggu akan ada saja cek CB yang sampai ke rumah. Inilah yang saya katakan pendapatan pasif. Yang lebih best bila diingatkan yang dah setahun lebih saya tak promosi produk tu tapi masih lagi dapat pendapatan yang masyuk lagi. Pelik tapi benar.

Dengan CB, anda bukan saja boleh buat duit dengan cara menjadi affiliate. Anda juga boleh buat duit debagai vendor atau penjual produk. Kalau anda ada produk digital, letak saja di CB dan lakukan promosi seperti mencari agen affiliate.

Ramai yang beranggapan yang kalau anda letak saja produk anda dan biar, akan ada saja banyak ejen affiliate yang akan promosikan. Anda silap kerana jika anda letakkan produk anda di CB, anda juga perlu bersaing dengan ratusan/ribuan lagi produk yang ada disana. Ejen affiliate dah tentu akan promosikan produk daripada sahabat mereka atau produk yang mempunyai conversion rate yang tinggi.

Sebelum anda lebih keliru lagi, anda harus tahu beberapa asas dalam CB dan cara nak buat duit.

Buat duit sebagai affiliate

Jika anda tak ada modal nak bermula, atau tak reti nak cipta produk sendiri serta tak mahu pening kepala nak uruskan khidmat pelanggan, anda boleh mula sebagai affiliate dulu. Malah, saya sendiri mulakan langkah sebagai ejen affiliate di CB terlebih dahulu memandangkan saya ni kurang modal dan kurang kepakaran bahasa inggeris.

Ramai yang silap kerana terus memilih produk terlebih dahulu dan baru nak mempromosikan produk tersebut. Saya turut melakukan kesilapan yang sama dulu. Cari produk, dan terus bawakan trafik untuk produk tersebut. Ini saya panggil ‘short term business’.

Bagaimana cara saya lakukan? Saya biasanya akan mencari audiens terlebih dahulu. Bila dah ada audiens atau prospek yang berminat atau mempunyai masalah sesuatu, saya akan cari produk digital di Clickbank yang boleh menyelesaikan masalah prospek saya tersebut.

Jom saya kongsikan cara macam mana nak pilih produk yang bagus dengan hanya melihat statistik yang diberikan oleh CB.


Asas-Asas Buat Duit Dengan Clickbank


Kalau anda lihat diatas, sebagai contoh saya ambil salah satu produk berkenaan strategi games. Pertama sekali saya akan lihat komisyen yang akan saya dapat bila mempromosikan produk ini. Saya biasanya akan mencari produk yang menawarkan komisyen lebih daripada 50%.

Keduanya, yang penting juga pada saya adalah gravity atau anda lihat diatas sebagai “Grav:”. Jumlah graviti produk ini adalah 141.60. Graviti adalah purata bagi jualan prduk tersebut yang dilakukan oleh affilate dalam masa seminggu. Maksudnya, dalam seminggu, ada 141 ejen affiliate yang berjaya menghasilkan jualan minima 1.

Senang cerita kalau produk tersebut mempunyai graviti lebih daripada 30, produk tu senang nak jual. Jangan promosikan produk tersebut jika produk tersebut mempunyai graviti lebih daripada 30. Kalau anda promosikan juga, pada saya susah nak jual sebab saya pernah cuba.

Sekarang anda dah ada asas sedikit bagaimana nak pilih produk kan? Jadi saya akan kongsikan pula bagaimana anda nak pilih niche produk yang ingin anda promosikan. Strategi saya, ia bergantung kepada cara promosi anda.

Saya ada satu landing page dan menggunakan ‘cold traffic’ dan mempromosikan spyware, software TV dan green product. Dah setahun lebih saya biarkan tapi sampai sekarang ada saja pembeli yang membeli melalui landing page saya tu. Saya panggil teknik ini Touch N Go.

Teknik ini dimana anda siapkan semua apa yang patut untuk anda promosi, dalam seminggu anda luangkan masa menarik trafik gunakan strategi ‘cold traffic’ dan anda akan dapat lihat kesannya selepas itu. Teknik ini tak perlu mailing list kerana ia biasanya adalah produk yang sentiasa laku ataupun ‘evergreen’ berbanding produk dalam niche IM.

Kalau saya promosikan produk dalam niche panas seperti niche IM, weight loss, health, dan games pula, biasanya saya tak gunakan strategi ini. Saya akan setup satu squeeze page dimana saya akan kumpul email terlebih dahulu dan saya sediakan followup emails yang mana saya boleh promosikan beberapa produk lain.

Jadi, kesimpulan dalam strategi memilih niche produk yang anda ingin promosikan, anda perlu tahu cara bagaimana anda nak promosikan produk tersebut dahulu. Dapat?

Jadi, saya senaraikan secara umum langkah demi langkah untuk anda buat duit dengan CB sebagai affiliate.

Step #1: Cari prospek anda terlebih dahulu. Anda boleh gunakan teknik keyword research (saya akan kongsikan dalam post akan datang), teknik mengkaji forum (saya akan kongsikan juga dalam post akan datang) dan beberapa teknik lain lagi.

Step #2: FIkirkan cara anda nak promosikan produk dan pilih niche anda. Saya dah kongsikan diatas secara ringkas (dan saya akan kongsikan secara detail dalam seminar saya).

Step #3: Pilih produk yang sesuai untuk anda promosikan. Seperti teknik diatas, anda perlu juga lihat kualiti produk tersebut seperti beli dahulu produk itu, atau minta review copy dari penjual produk (ini kalau anda dah terbukti boleh hasilkan minima 10 jualan) dan anda lihat salesletter produk tersebut. Kalau anda sendiri rasa macam nak beli produk tu, maksudnya powerla.

Step #4: Tarik trafik. Ini yang paling kritikal diantara semua. Ramai orang tahu cara nak tarik trafik seperti tulis artikel, buat video youtube, letak link di facebook, buat blog, iklankan melalui banner dan banyak lagi tapi 90% daripada mereka tak tahu teknik trafik yang macam mana benar-benar berkesan untuk produk tersebut.

Anda perlu tahu setiap trafik adalah berbeza untuk setiap jenis produk dan setiap jenis niche (dalam kebanyakan kes). Anda tak boleh gunakan teknik trafik A untuk produk B. Trafik A adalah untuk produk A dan trafik B untuk produk B.

Nota: Setiap orang mempunyai cara yang berbeza. Apa yang saya kongsikan adalah cara saya melalui pembelajaran tanpa henti dan eksperimen seperti tes n track keputusannya.

Buat duit sebagai vendor

Untuk pengetahuan anda juga, anda pun boleh jadi vendor dan letakkan produk anda di CB dengan hanya bermodalkan $50. Ya, ini adalah fee yang dikenakan untuk satu produk anda diletakkan disini.

Saya ada beberapa produk di CB dalam niche yang berbeza sebagai vendor CB (dengan menggunakan pelbagai nama). Secara jujur, saya buat duit lebih banyak sebagai vendor berbanding sebagai affiliate di CB. hoho.

Dulu saya ingat pendapatan affiliate saya dah banyak dah tapi bila saya jadi vendor, rupanya lebih banyak lagi saya dapat. Untungnya menjadi vendor, super affiliate (SA) lain yang akan berlumba-lumba mempromosikan produk anda di CB.

SA akan memilih produk anda jika produk anda mudah dijual dan mendatangkan komisyen yang banyak kepada mereka. Tapi perlu diingat, anda bersaing dengan ‘guru-guru’ yang sama niche dengan anda. Inilah kelemahannya.

Kalau anda perasan banyak screenshot pendapatan CB di internet, saya boleh jamin kebanyakan screenshot tersebut adalah hasil daripada pendapatan sebagai vendor dan bukannya affiliate. Saya tak nafikan ada ramai SA yang pendapatannya lebih power daripada vendor tapi SA seperti ini biasanya mereka low profile.

Kalau saya cerita semua caranya disini, rasanya panjang pula post ini kan? Sebelum saya cerita dengan lebih mendalam, saya letakkan langkah demi langkah menjadi vendor di CB.

Step #1: Hasilkan produk bermutu tinggi siap dengan cover, dan salesletter. Pastikan produk anda dah siap kerana pihak CB mahu lihat download page anda terlebih dahulu. Mereka akan cek ssatu persatu produk anda sebelum mereka beri kelulusan untuk anda letakkan di CB (amat strict sebenarnya). Tapi bila anda dah biasa, senang sikit.

Step #2: Bila produk anda dah siap, anda perlu promosikan dulu produk anda sebagai affiliate. Ini dilakukan untuk anda naikkan graviti produk anda sendiri di CB. Test n track conversion tu sangat penting supaya anda boleh pujuk SA promosikan produk anda. Anda boleh skip langkah ini jika anda dah pun ada sahabat JV yang sedia membantu anda.

Step #3: Cari lebih ramai JV dan SA untuk promosikan produk anda. Jika produk anda bagus, mempunyai conversio yng tinggi, dan pelanggan mereka berpuashati dengan produk anda, kerja anda jadi senang. Pastikan anda dah buktikan berapa conversion rate produk anda. Kalau anda approach SA dan cakap dengan mereka “Promosikanla produk saya. Bro kenala bantu newbie nak naik..” Sorry to say, anda mungkin akan diblacklist oleh SA.

Saya akan menulis beberapa lagi post jika kesihatan saya mengizinkan supaya anda boleh sama-sama dengan saya buat duit di Clickbank. Jika anda mahu belajar dengan lebih lanjut tentang CB dan buat duit dengan serius di CB sebagai affiliate dan penjual produk, saya ada buka seminar Clickbank di KL pada 20 November ini.

Kalau anda ada soalan mengenai CB dan sebagainya, boleh tanya diruangan komen dibawah. Mohon share post ini di facebook jika anda rasa post ini bermanfaat. Baru semangat saya nak tulis post akan datang, ‘Kajian Keyword Clickbank dan Keyword Pasti Beli’.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting