Jenis-Jenis program affiliate

Program affiliate terus berkembang dewasa ini.Kini semakin ramai yang menyertainya.Sebelum anda menyertai sesuatu program affiliate apakata kita lihat dahulu jenis-jenis program affiliate yang ada pada masa ini.Berikut adalah jenis-jenis program affiliate.

Affiliate Percuma

Affiliate jenis ini sesuai bagi mereka yang baru menceburi bidang bisnes internet atau mereka yang bergelar newbie.Ini kerana affiliate jenis ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menyertainya.Katalah anda tidak Berjaya menjual produk tersebut anda tidak akan kerugian dari segi bayaran kos penyertaan.Boleh dikatakan ia sebagai program yang berisiko rendah namun penuh dengan persaingan.

Affiliate Berbayar

Affiliate jenis ini mengkehendaki anda membayar kos pendaftaran jika anda ingin menjadi peserta affiliate mereka.Contoh program affiliate seperti ini ialah jualapa.com yang mengkehendaki anda membayar kos penyertaan untuk menyertai program affiliate mereka.Walaupunbegitu terdapat kelebihan pada program affiliate ini iaitu ia membayar jumlah komisen yang agak tinggi.Jika anda yakin dengan produk affiliate tersebut tidak ada masalah jika anda membayar sedikit untuk menyertainya.

Affiliate Produk Digital

Contoh produk bagi affiliate ini ialah ebook dan software.Sama ada dimalaysia atau luarnegara produk digital memang antara poduk terlaris diinternet terutamanya ebook kerana ia membekalkan informasi yang sangat berguna untuk penggunanya.Contoh produk digital berbentuk ebook ialah Rajaadsense.com, Impaksearchmarketing.com , Pakejblog.com dan sebagainya.Manakala contoh produk digital berbentuk software pula ialah article submitter dan keywordelite.com

Affiliate Bukan Produk Digital

Selain program affiliate berbentuk produk digital,program affiliate bukan digital juga banyak dijual diinternet.Contohnya ialah seperti amazon.com,wallmart.com dan sebgainya.Program affiliate ini menjual produk seperti jam,buku,anak patung dan sebagainya. produk bukan digital yang dijual ialah

Affiliate Berbentuk Servis

Selain program affiliate digital dan bukan digital,program affiliate berbentuk servis juga boleh disertai diinternet.Contohnya seperti program affiliate syarikat perhotelan,perkhidmatan membuat laman web dan blog,seminar dan sebagainya.Biasanya komisen yang diberikan adalah agak tinggi.

Program Affiliate Tempatan

Program affiliate jenis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai blog atau website yang menumpukan pasaran tempatan atau dalam negara.Ini adalah kerana biasanya produk yang dihasilkan adalah dalam bahasa kegunaan negara tersebut.Contohnya untuk pasaran Malaysia kebanyakkan program affiliate adalah untuk pasaran tempatan.

Program Affiliate International

Program affiliate jenis ini adalah sesuai bagi mereka yang menumpukan kepada pasaran antarabangsa.Ini adalah kerana program affiliate jenis ini aalah dalam bahasa Inggeris dan sesuai bagi sesiapa yang mempunyai blog atau website dalam bahasa inggeris.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda mengenali lebih lanjut jenis-jenis program affiliate.Jika ada kategori yang saya tidak tuliskan didalam artikel ini,anda boleh memberitahu saya melalui ruangan komen dibawah.Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting