Keyword Clickbank dan Keyword Pasti Beli (Kajian)

TAJUK GAMBAR ANDA



Beberapa definisi seperti landing page, cold traffic, saya akan jelaskan sekali dalam post ini.

Cold traffic: trafik yang diperolehi daripada sumber yang lambat seperti SEO, Pemasaran artikel dan sebagainya. Kalau email marketing bukannya cold traffic.

Squeeze page: sama saja dengan landing page cuma squeeze page ni fokusnya untuk mengumpul email.

Memulakan Kajian Keyword

Kenapa anda nak lakukan kajian keyword? Sebab paling penting sekali adalah untuk mengelakkan anda syok sendiri. Saya sendiri pernah membazir masa berbulan lamanya mempromosikan sesuatu yang tak boleh dijual. Kira syok sendiri la tu. Semua orang nak duit dan nak cepat kan?

Kalau boleh hari ni kita jual produk (samada produk sendiri atau sebagai affiliate) esok kita nak dah ada jualan. Betul tak? Untuk memperolehi jualan, anda perlu jual produk atau promosikan produk yang dicari orang. Yang ada demand.

Jadi, untuk menjual atau mempromosikan produk yang dicari orang, anda perlu lakukan kajian keyword. Supaya kita dapat tahu apa yang orang cari dan lebih-lebih lagi adalah apa yang orang beli.
Bagi marketer yang dah biasa dengan kajian keyword ni, mungkin memandang post saya kali ni sebagai sesuatu yang ‘biasa’ buat anda. Saya bertujuan berkongsi strategi ini kepada mereka yang belum mahir lagi dengan kajian keyword.

Cara saya mudah saja. Dulu saya menghabiskan masa berhari lamanya untuk mengkaji keyword ni. Lepas tu saya mula penat, dan mencari software dan kemudian membeli software yang mahal untuk mengkaji keyword yang digunakan oleh pesaing saya.

Dan hari ni, saya dah tak gunakan teknik yang susah lagi kerana saya rasa dah agak malas untuk gunakan teknik yang menghabiskan masa saya berjam-jam lamanya.

Step #1: Cari masalah. Gunakan konsep demand and supply. Anda lihat demand dan kita akan cari supply.
Ini asas sekali dalam kajian keyword. Lihat dengan mendalam apa masalah yang anda sendiri hadapi atau cuba anda tanya orang sekeliling anda apa masalah mereka.

Bukannya cari gaduh ya. Anda perlu lihat apa masalah orang sekeliling anda. Ada kawan saya, tangannya berpeluh. Saya lihat ini sebagai satu masalah dia jadi saya terus lakukan kajian keyword untuk tangan berpeluh atau ‘sweating problem’.

Masa saya belajar di kolej dulu, saya dapat lihat ramai kawan saya yang bermain Farmville dan Cafe World. Saya tanya mereka, “kenapa kau asyik main game ni je?”. Mereka jawab “aku nak cepat naik level, tu yang kena main. Biar boleh potong level orang lain..

Jadi saya nampak ini sebagai satu masalah. Walaupun saya tak pernah bermain Farmville mahupun Cafe World, tapi saya berjaya mempromosikan produk Cafe World dan saya sendiri ada produk Farmville yang dijual sehingga ke hari ini.

Lagi satu masalah yang saya lihat adalah seperti diet. Kawan-kawan saya terutamanya wanita mengalami masalah berat badan. Ini pun boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam kajian keyword. Ingat, kenalpasti masalah yang ada disekeliling anda.

Step #2: Senaraikan keyword yang anda dapat dari masalah anda tu.

Sebagai contoh, jika anda ada masalah nak buat duit cepat, anda boleh senaraikan keyword “make money fast”. Kalau kawan anda ada masalah nak kuruskan badan, anda boleh tanya dia apa keyword yang dia cari.
Tapi, macam mana pula kalau anda tak tahu nak cari keyword apa?

Kemana patut anda pergi? Adakah anda harus pergi terus ke Google Adword Keyword Tool?
Kalau saya, saya akan pergi ke forum terlebih dahulu untuk merasa ‘feel’ apa yang dibincangkan atau melihat keyword apa yang orang sebut-sebut dan mempunyai masalah. Biasanya akan ada segmen atau thread bertanyakan tentang masalah di sesebuah forum.
Untuk mencari forum yang sesuai dengan niche yang anda dah pilih tadi, hanya pergi ke google dan type “forum + niche anda”.


TAJUK GAMBAR ANDA



Senaraikan keyword-keyword yang anda rasakan sesuai dan menjadi masalah seseorang. Ini juga cara saya menyenaraikan keyword dalam niche yang saya tak ada pengalaman dan tak ada pengetahuan mendalam. 

Biasanya bahagian ini hanya mengambil kurang dari setengah jam sahaja.

Step #3: Dapatkan sekali keyword pembeli dengan menggunakan Google Adword Keyword Tool.

Masukkan “buy + niche anda” dan anda akan dapat lihat keyword-keyword yang digunakan oleh pembeli. Anda lihat dalam screenshot dibawah ada 3 keyword yang dicari oleh pembeli iaitu ‘buy farmville secrets’, ‘where to buy farmville secrets book’ dan juga ‘buy farmville secrets guide


TAJUK GAMBAR ANDA


Dengan menggunakan 3 step yang saya kongsikan dalam post ini, anda dah boleh mula mempromosikan produk-produk di CB sebagai affiliate mahupun menjual produk niche di CB.

Ini merupakan teknik saya mengumpul keyword asas sebelum saya meng’optimize’ keyword yang saya dapat untuk tujuan SEO, Facebook Ads, dan Media Buying.

Saya harap anda cuba teknik yang saya tunjukkan diatas kerna ia sememangnya mudah dipraktikkan dan berkesan!

Kalau anda tak cuba, anda takkan dapat hasil pun. Jadi sekarang, apa yang anda perlu lakukan ialah anda dapatkan keyword anda, cari tempat dimana anda nak lakukan promosi dan anda boleh pilih produk yang anda mahu promosikan di CB.

Sebarang soalan anda boleh post dibwah diruangan komen dan saya akan lakukan post yang bermanfaat pada post akan datang.
Ramai juga yang bertanya kepada saya tentang seminar Clickbank yang akan saya jalankan 20 November ini..

Saya hanya buka 20 tempat sahaja untuk seminar kali ini untuk harga early bird iaitu hanya RM457 sahaja di Hotel Citrus KL. Saya masih belum buka pendaftaran tapi kalau anda nak reserve takut tempat anda dirampas orang, anda boleh hubungi saya dan saya akan beri anda cara untuk ‘book’ atau reserve tempat anda kerana dalam Seminar Clickbank saya nanti saya akan ajarkan beberapa method seperti:

Modul Touch N Go: Anda setup site anda dalam beberapa minit, buat content, upload dan anda biarkan. Ianya akan memberi pulangan kepada anda dalam jangka masa panjang. Malah, saya berikan template web yang saya sendiri gunakan dan ambil masa 5 minit saja untuk anda edit. Template tersebut sendiri dah berjaya hasilkan komisyen 5 angka kepada saya.

Modul Pembinaan Produk CB: Jika anda lemah bahasa inggeris seperti saya, anda masih lagi boleh buat duit di CB. Anda hanya perlu cari ‘cara’ yang sesuai untuk anda yang lemah CB. Saya akan tunjukkan bagaimana cara saya. Saya lemah BI dan tak menulis artikel atau content dalam BI pun.
Modul Outsource: Bagaimana nak dapatkan servis dari freelancer yang menawarkan servis murah. Kalau anda gunakan Elance, anda bayar mahal. Kalau anda gunakan Odesk, anda perlu guna kad kredit dan tak boleh guna PayPal. Kalau anda silap strategi, anda boleh dapat murah tapi ditipu. Saya akan guide anda guna cara saya bayar freelancer murah tapi berkualiti.

Modul Networking: Saya juga dedahkan cara saya mengumpul JV mat saleh, membina networking dalam niche bukan IM. Saya ada rakan-rakan JV dalam niche weight loss, game online dan banyak lagi. Cara mendapatkan networking dalam niche ini agak berbeza dengan niche IM.

Modul Trafik: Saya akan tunjukkan sistem trafik yang saya gunakan. Ada 2 iaitu trafik berbayar dan trafik percuma. Saya tunjukkan keduanya. Kalau yang berbayar saya biasa gunakan Facebook Ads, Media Buying, dan Outsource Traffic. Saya tahu anda pernah dengar FB Ads dan Media Buying tapi Outsource Traffic adalah sesuatu yang saya ‘beri nama’ sendiri kerana saya outsource sistem trafik kepada orang lain untuk menarik trafik untuk saya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting