Ebay yang dah ‘berhabuk’

2 minggu yang lepas, Mantra mengambil keputusan untuk membuka semula akaun Ebay yang dah ‘berhabuk’. Lebih kurang setahun dah tinggalkan ebay. Langsung tak pernah buat jualan. Kalau listing pun adalah satu dua yang view, yang bid nya pula ’0′.

Entah kenapa, terasa ingin mencuba ebay semula. Tambah lagi, Mantra ada dapat barang ‘baik punya’ dari kawan. Mana lah tau kut-kut boleh laku macam pisang goreng kat Ebay. Dalam akaun Paypal pun adalah beberapa belas dolar untuk modal permulaan.

Lebih kurang seminggu, listing di Ebay tetapi tiada jualan. Mula-mula tu kecewa juga, tetapi bila sedar ada kesilapan yang berlaku terus jadi bersemangat semula. Kesilapan yang Mantra maksudkan ialah tak membuat research terlebih dahulu sebelum membuat listing di Ebay. Main taruk aje harga berapa nak asalkan tak rugi. Salah kut, faktor harga bukan penentu untuk berjaya membuat jualan di Ebay. Dari try and error yang Mantra buat dalam masa seminggu,

Kita perlu pastikan barang yang kita jual ada permintaan, dimana terletaknya golongan-golongan yang meminta apa yang kita jualkan maka di situlah lubuk duit.

Bagaimana nak tahu? cara paling simple, Mantra cuma gunakan tool yang disediakan Google. Tool tersebut namanya Google Trends. Dengan Google Trends, kita akan tahu di mana letaknya permintaan produk yang kita akan jual. Nampak simple tapi memberi impak yang besar. Tak percaya? Tengok ni

Jualan untuk 2 hari selepas menggunakan Google trends

Dengan fungsi Google trends, korang boleh membuat perbandingan dengan hasil carian. Taip sahaja beberapa produk pada ruangan yang disediakan. Google Trends akan membuat perbandingan dan akan memberitahu korang dimana terletaknya permintaan untuk produk-produk tersebut. Tetapi, ianya secara general sahaja. Hasilnya akan memberi gambaran tentang permintaan sesuatu produk dengan memberitahu di negara manakah produk tersebut sedang mendapat perhatian.
Bagi orang macam Mantra ni penggunaan Google Trends adalah benda yang biasa sahaja. Kebiasaannya penjual-penjual di ebay mempunyai banyak tool-tool lain yang mereka gunakan untuk membuat research. Lebih gempak dan canggih. Apa yang penting, kena research dulu sebelum mulakan listing. Daripada 5 listing, 3 mengena. Alhamdulillah!
Meneronokkan!
Kenapa ebay menyeronokkan? Antaranya
  1. Menjual di Ebay tak perlukan laman web sendiri. Boleh jimat duit untuk beli domain dan hosting. Cuma perlukan modal sedikit untuk membuat listing. (kalau ebay Malaysia Free jer)
  2. Tak perlu penat lelah, letih lesu untuk mempromosi. Setiap hari beratus-ratus ribu (entah-entah juta) orang akan memasuki ruang Ebay untuk membeli belah online!
Setiap sesuatu ada kelemahannya. Di Ebay produk digital tak dibenarkan. Hanya produk-produk fizikal sahaja yang dibenarkan. Perlu ada modal pula untuk pembungkusan dan penghantaran. Namun, ia bukanlah masalah yang besar sangat. Boleh diuruskan jika perancangan yang betul dibuat sebelum memulakan perniagaan di Ebay.
Lebih kurang 2 minggu yang lepas Mantra terbaca satu post yang dibuat oleh Encik Rohaizad di blognya berkenaan mencuba peluang lain. Sebelum ini, dah bermacam-macam cara buat duit di internet yang Mantra telah cuba termasuk blog advertising, affiliate, PPL, PPC, produk digital dan kini tiba giliran Ebay pula.
Alahai, rasa-rasanya tak larat jika nak buat semua. Mantra cuba dulu kemudian jika rasa selesa Mantra akan decide dan tentukan yang mana perlu diteruskan dan yang mana perlu ditinggalkan. Maklumlah, buat part time income waktu zaman belajar bukannya perkara yang senang. Masa sangat terhad!
Read More

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting